Dalam artikel kali ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri memilih album perkahwinan serta album kahwin untuk kenangan majlis perkahwinan anda.

 

Album kahwin perlu ada ke?

 

Kalau tanya jurugambar perkahwinan, album perkahwinan adalah penting.

Dalam merancang majlis perkahwinan, mengupah jurugambar merupakan antara perkara penting dalam checklist majlis perkahwinan.

Ini kerana jurugambar adalah orang penting pada hari majlis berlangsung untuk merakam setiap detik kenangan pasangan pengantin. Ia juga merupakan hari bersejarah bagi seluruh ahli keluarga.

Pasangan pengantin seringkali bingung untuk memilih jurugambar mahupun album perkahwinan yang diingini.

Sebelum mengupah jurugambar, selidik dahulu style dan hasil kerja jurugambar tersebut. Selain itu, anda juga boleh berbincang dengan pihak mereka mengenai album kahwin yang anda inginkan.

Menurut seorang jurugambar profesional, ramai orang yang tidak tahu apakah jenis dan bentuk album perkahwinan yang mereka inginkan.

Ada beberapa tips untuk memilih album bagi menepati citarasa dan personaliti anda. Secara asasnya, terdapat tiga jenis album; mockup sticky, custom album dan photobook album.

 

Album Mockup Sticky

 

Album perkahwinan jenis ini merupakan album lekat sendiri. Ia kelihatan seperti album yang menyimpan gambar filem yang telah dicuci.

Ia sangat sesuai bagi anda yang inginkan album perkahwinan yang klasik.

Selain itu, album ini juga tahan lama kerana ia mengandungi transparent filter. Ia dapat melindungi gambar dari rosak disebabkan air atau kemek.

Dengab album ini juga, anda boleh menyimpan gambar dalam kuantiti yang banyak.

 

Storybook / Custom Album

 

Custom album adalah bersifat personal dan hanya menyimpan momen-momen penting semasa hari perkahwinan anda.

Ini kerana album ini mengandungi bilangan muka surat yang tidak banyak. Album gambar yang hanya memfokuskan kepada anda dan pasangan sahaja.

Tambahan lagi, gambar dalam album ini disusun secara digital mengikut atur cara majlis. Oleh sebab itu ia juga digelar storybook.

 

Photobook Album

 

Album gambar-gambar perkahwinan yang seakan-akan majalah ini menawarkan lebih banyak bilangan muka surat. Ia hampir sama dengan storybook tetapi helaian muka suratnya sedikit nipis. Namun begitu, ia tetap menawarkan hasil gambar yang bermutu tinggi.

Photobook album merupakan album yang penuh dengan gambar dan kurang hasil editing. Ia juga sangat fleksibel untuk dibawa ke mana-mana kerana kecil dan ringan.

 

Saiz dan layout album

 

Pemilihan saiz album yang betul dan tepat akan mempengaruhi hasil album gambar tersebut. Oleh itu, anda perlu bijak menilai.

Tidak salah untuk berjimat. Anda perlu ingat bahawa jika terlalu banyak gambar dalam satu muka surat, ia akan kelihatan sesak dan tidak cantik.

Bincang dengan jurugambar anda mengenai saiz yang sesuai untuk album perkahwinan anda.

Pastikan susunan layout gambar, bilangan gambar adalah mengikut saiz dan resolusi setiap gambar yang anda mahukan.

 

Kemasan album

Dari segi kemasan album gambar atau finishing look, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda ketahui.

Ada yang jenis kertas untuk printing gambar seperti glossy paper dan matte paper. Sudah tentu kedua-dua jenis kertas ini memberikan efek yang berbeza.

Pada cover album pula, anda boleh pilih samada crystal cover atau fabric cover.

Crystal cover memberikan efek 3D pada bahagian depan album dan menyerlahkan lagi sifat nya yang elegan dan eksklusif. Fabric cover pula memberikan efek yang klasik serta kemas.

Diharapkan dengan perkongsian ini, ia dapat membantu anda memilih album perkahwinan yang terbaik untuk merakam momen bahagia anda nanti.

Sekiranya anda ingenian perkhidmatan jurufoto perkahwinan, hubungi kami segera.