Setiap kali pulang ke kampung atau pulang berhari raya, antara soalan yang cuba dielak oleh anak muda zaman sekarang adalah “bila nak kahwin?” atau “dah jumpa jodoh?”. Pernahkah anda mengalaminya?

Bagi yang sedang mencari pasangan hidup, anda pasti terfikir dan tercari –cari jawapan apakah tanda jodoh anda dan bilakah ia akan datang?

Adakah orang yang kita sedang berkenalan itu telah ditetapkan untuk kita? Adakah ianya urusan Tuhan atau kita sendiri boleh merancangnya?

Persoalan demi persoalan akan timbul jika melibatkan tentang hati dan perasaan.

Maklumlah, kalau boleh kita mahukan perkahwinan berlaku sekali seumur hidup dan pasti inginkan kebahagiaan di dalam perkahwinan tersebut.

Jadi, sebelum berkahwin kita perlu pastikan orang yang kita pilih itu adalah pilihan yang paling tepat.

Sebenarnya, tiada petanda utama yang boleh beritahu kita 100% tentang hal ini.

Cumanya, ada beberapa petunjuk yang boleh kita guna untuk memastikan sama ada pilihan hati kita itu benar-benar milik kita ataupun tidak.

Petanda dia jodoh anda

1.Pasangan memahami diri anda

Persefahaman dan sekufu amat dititik beratkan dalam urusan mencari jodoh.

Ini kerana faktor persefahaman dapat membuatkan kehidupan perkahwinan anda menjadi lebih aman dan bahagia.

Alangkah bahagianya hidup anda jika pasangan anda faham tentang apa yang anda inginkan dalam kehidupan.

2. Anda mudah menerima keburukan atau kelemahannya

Jika anda menerima kelemahan atau keburukan pasangan anda, itu merupakan petanda yang dia jodoh anda.

Walau apa sahaja yang orang katakan terhadap keburukan pasangan anda, anda tetap menerimanya dengan seadanya.

Bahkan anda berasa terlalu sayang dengan pasangan anda.

3. Anda tidak boleh kehilangannya

Cuba anda pejamkan mata dan bayangkan kehidupan anda di masa depan tanpa suami atau bakal pasangan di sisi?

Jika anda berasa sedih dan takut akan kehilangannya, maka itu antara petanda yang anda menyayanginya.

Jangan lepaskan si dia kepada orang lain!

4. Sentiasa buat anda berasa bahagia dan selamat

Jodoh sejati adalah bila dia selalu membuatkan anda rasa bahagia dalam apa keadaan sekalipun.

Apa yang menariknya jika anda sentiasa berasa selamat apabila bersama dengan pasangan anda, itu juga merupakan antara petanda yang dia jodoh anda yang sebenarnya.

Petanda dia bukan orangnya

1.Tak Kenalkan Anda Pada Keluarga dan Sahabat

Antara salah satu perkara yang boleh menyakinkan anda bahawa si dia bukan jodoh yang tepat adalah apabila dia tidak memperkenalkan diri anda pada orang-orang terdekatnya.

Ianya seolah – olah mahu menyembunyikan kewujudan anda dalam perhubungan yang berlaku.

Selalunya seseorang yang serius tak akan malu untuk perkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya.

Jadi jika dia tidak memberikan keistimewaan yang sepatutnya buat anda dengan keluarganya, maka itu bukanlah jodoh anda yang sebenar.

2. Tiada rasa percaya dalam hubungan

Kepercayaan adalah merupakan perkara utama dalam perhubungan.

Jika tidak ada rasa saling percaya, maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan.

3. Tidak diterima keluarga

Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar.

Bermakna siapa pun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga antara satu sama lain.

Jika keluarga anda tidak menerima dia atau keluarga dia tidak menerima anda, mungkin dia bukan jodoh anda yang sebenarnya.

Persefahaman antara anda dan keluarga pasangan anda perlu dititik beratkan juga kerana anda bukan sahaja berkahwin dengan dia tetapi keluarganya juga.

Walau bagaimanapun, adalah penting bagi setiap orang membuat pilihan yang betul serta ingin memilih jodoh untuk berkahwin.

Perkara ini adalah soal hati, hidup dan mati, jadi buat pilihan tepat kerana kita ingin hidup bersama pasangan bukan sehari dua tetapi untuk selamanya.

Majlis perkahwinan anda semakin dekat? Ingin dapatkan khidmat photographer yang berkualiti tinggi?

Hubungi kami sekarang untuk dapatkan harga yang terbaik untuk majlis anda.