Segala yang anda perlu tahu tentang wedding photography Malaysia ada di sini.

Bidang wedding photography Malaysia mungkin sudah lama bertapak di Malaysia. Namun, untuk menjadi seorang wedding photographer bukanlah perkara yang mudah. Anda perlu berurusan dengan banyak perkara.

Pendek kata, wedding photography merupakan campuran dengan pelbagai bidang fotografi yang lain.

Ia termasuk portrait, fotografi bersama keluarga dan kawan, dokumentari serta gambar close-up.

Jika lokasi perkahwinan diadakan di kawasan yang mempunyai pemandangan indah, anda juga perlukan sertakan keindahan itu dalam gambar.

Jika anda berminat untuk berkecimpung dalam bidang wedding photography, anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

Ia boleh menjadi tugas yang sukar dan membebankan.

Namun begitu, minat yang mendalam pasti akan mendorong semangat anda.

Sebelum menjadi wedding photographer, anda perlu siapkan diri anda dengan kelengkapan dan ilmu secukupnya.

Dalam masa yang sama, pengalaman juga akan memantapkan skill dan kemahiran fotografi anda.

Di sini akan dikongsikan panduan lengkap wedding photography Malaysia.

Kelengkapan kamera

camera dslr photographer

Sebagai photographer, kamera merupakan senjata utama anda.

Kamera DSLR atau mirrorless camera merupakan antara pilihan terbaik.

Ia sebagai persiapan anda untuk mengendalikan tugas anda pada majlis perkahwinan.

Anda akan berhadapan dengan bermacam style dan lokasi berbeza.

Oleh itu, kamera anda mesti mampu untuk berfungsi sepantas kilat. Anda juga akan bekerja sekitar ISO, shutter speed dan focusing points yang berbeza.

Perlu diingatkan, anda harus bersedia dengan perkara yang tidak diingini.

Sebagai jalan selamat, pastikan anda mempunyai dua atau lebih kamera yang berfungsi ketika majlis berlangsung.

Ini supaya anda sentiasa berupaya untuk merakamkan setiap saat indah.

Pencahayaan

Pencahayaan atau lighting merupakan elemen yang paling penting dalam fotografi.

Pencahayaan di majlis perkahwinan adalah sama seperti di majlis yang lain.

Bagaimana untuk mendapatkan pencahayaan yang baik?

Jika anda menggunakan kelengkapan pencahayaan seperti di studio, sudah pasti ia akan gangguan di majlis dan tetamu akan tertumpu pada kelengkapan anda.

Anda perlu menggunakan flashes yang secukupnya.

Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan penggunaan reflectors.

Ia membantu untuk melantunkan semula cahaya kepada subjek dalam gambar.

Merakamkan momen majlis perkahwinan

wedding photography moments

Mengabadikan kenangan manis di majlis perkahwinan bukanlah perkara yang mudah.

Ia melibatkan masa dan usaha anda untuk menyeimbangkan pelbagai aspek fotografi.

Bagi memudahkan wedding photography, tulis satu list mengenai workflow yang anda bayangkan sepanjang majlis berlangsung.

Ia termasuk sesi bergambar bagi keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan, bridesmaids dan best men, serta para tetamu.

Anda juga boleh berbincang dengan pasangan mempelai mengenai workflow majlis perkahwinan.

Kadangkala, pelanggan mempunyai jangkaan dan kemahuan tersendiri.

Untuk memudahkan urusan semua pihak, berkomunikasi adalah cara terbaik.

Menggayakan wedding photography

Pasangan raja sehari bukanlah model mahupun selebriti yang sudah biasa berposing depan kamera.

Oleh itu, wedding photographer harus bijak memberi arahan dan cadangan mengenai penggayaan wedding photography.

Bagi wanita, aspek yang ditekankan dalam bergambar adalah untuk kelihatan kurus dan cantik.

Bagi lelaki pula, tampak tinggi dan gagah adalah penting.

Wedding photographer Malaysia harus peka dengan keinginan pelanggan seperti ini.

Sebaiknya, mulakan sesi fotografi dengan berbual dan membina keselesaan antara pelanggan dan photographer.

Ia penting bagi mengurangkan rasa kekok dan malu pengantin.

Wedding photography sebagai bisnes

Anda perlu ingat bahawa menjalankan bisnes fotografi perkahwinan tidaklah semudah di sangka.

Namun, jika anda bekerja sambil membuat perkara yang anda suka, nescaya anda seronok bekerja.

Bidang seperti ini memerlukan banyak kerja dan kenalan yang ramai.

Anda juga perlu mempromosikan pakej perkahwinan yang ditawarkan.

Selain itu, adalah lebih baik jika anda mempunyai team untuk saling menyokong antara satu sama lain.

The Orange Photography

the orange photography wedding photography malaysia

Jika anda mencari wedding photographer, di sini terdapat jawapannya.

The Orange Photography menawarkan pelbagai pakej wedding photography untuk memenuhi keperluan anda.

Dengan harga yang berpatutan, anda akan mendapat servis yang tiptop dan berkualiti tinggi.

Tidak perlu gusar atau bimbang mengenai majlis perkahwinan anda. Mereka bersedia untuk berkhidmat pada hari bahagia anda.

Sekiranya anda ada pertanyaan tentang servis gambar perkahwinan yang ditawarkan, hubungi mereka hari ini.

Klik sini untuk menghubungi The Orange Photography