Gambar perkahwinan memang item wajib dalam apa-apa majlis perkahwinan.

Sebab itulah setiap majlis perkahwinan perlu ada jurugambar. Barulah anda dapat mengabadikan kenangan raja sehari andaSetiap pasangan juga mengimpikan koleksi gambar perkahwinan yang romantis dan indah. Kenangan ini ditangkap dengan lensa kamera lalu menjadi tatapan pada hari tua bersama anak cucu.Seringkali kita dihidangkan dengan gambar kahwin yang tipikal dan klise berkonsepkan cinta dan romantis.Namun begitu, terdapat beberapa pasangan pengantin dan photographer yang kreatif lalu menghasilkan gambar perkahwinan yang unik. Sememangnya rare dan out of the box!

Di sini dikongsikan 9 gambar perkahwinan yang paling unik dengan konsep yang berbeza. Yang mana satu kesukaan anda?

Simple Tetapi Kreatif

gambar kahwin kat pintu

Kadang-kadang, yang simple itu lagi cantik bukan? Seperti gambar perkahwinan ini, nampak simple tetapi kesan yang kreatif dan cantik!

Hanya memerlukan sedikit twist dan idea yang kreatif, jurugambar dapat menghasilkan gambar seperti ini. Sesuai bagi pasangan pengantin yang sempoi dan fun.

Sweet dan Comel

gambar perkahwinan cium pokok

Siapa kata anda tidak boleh jadi sweet dan comel ketika majlis perkahwinan anda?

Gambar unik ini menampilkan konsep yang cheeky tetapi romantis, seperti apa yang kebanyakan pasangan pengantin inginkan. Dengan idea yang kreatif, gambar unik seperti ini dapat diabadikan sebagai kenangan manis.

Guna Cermin Pun Boleh

bridesmaid gambar kahwin cermin

Cermin pun boleh jadi prop! Bermain dengan bayang dan pantulan, photographer ini berjaya menghasilkan gambar yang unik tetapi mempunyai mesej yang mendalam.

Bak kata orang tua, pasangan itu cerminan diri kita. Adakah itu yang cuba disampaikan melalui gambar ini?

Konsep Mistik Yang Menyeramkan

Konsep yang menyeramkan tetapi lain daripada yang lain.

Dengan memasukkan elemen mistik, gambar ini unik dan cantik dengan cara tersendiri. Sesuai bagi pasangan pengantin yang mempunyai ramai bridesmaids dan best men.

Back To Nature

Bagi anda yang cintakan alam semula jadi, pasti anda sukakan gambar perkahwinan seperti ini.

Dengan memasukkan elemen alam dan nature, gambar ini melambangkan seolah-olah pasangan pengantin ini bersatu dengan semulajadi.

Adrenaline Junkie

Konsep gambar ini sangat sesuai bagi pasangan pengantin yang gemarkan aktiviti lasak. Semasa berpakaian pengantin pun sempat lagi memanjat dinding! Sangat lain daripada yang lain!

Mungkin anda boleh bergambar sambil melakukan aktiviti lasak yang lain seperti berbasikal atau mendaki bukit.

Hello Polis, Saya Diculik!

Gambar pengantin diculik juga kian menjadi trend gambar perkahwinan pada masa kini. Mungkin simbolik sebagai ikatan seumur hidup.

Elemen superhero juga dimasukkan ke dalam konsep ini. Konsep ini sesuai bagi anda yang gemarkan watak superhero seperti Superman.

Gambar Berbaring

Setelah seharian bergambar sambil berdiri, pasti anda kepenatan. Apa kata, bergambar sambil berbaring pula?

Kita biasa melihat pasangan pengantin berbaring atas rumput atau padang. Tetapi kali ini lain pula, baring atas lantai sahaja.

Dengan tambahan sedikit prop, photographer berjaya mewujudkan storyline yang menarik dan unik.

Bergambar Dalam Hujan

Mungkin untuk mengimbau kembali kenangan semasa kanak-kanak, pasangan pengantin ini bergambar dalam hujan.

Walaupun basah lencun, gambar perkahwinan ini sememangnya unik. Kasihan photographer, terpaksa berkorban dan berbasah bersama pengantin!

Berdasarkan gambar perkahwinan yang unik ini, yang manakah pilihan hati anda?

Jika anda inginkan gambar seperti ini untuk majlis perkahwinan anda, jangan segan atau malu untuk beraksi lain dari biasa. Mungkin anda boleh berkongsi idea dan buah fikiran dengan photographer profesional.