Dah bersedia untuk kahwin? Mari kita lihat checklist kahwin ni agar majlis perkahwinan anda lancar.

Dengan adanya checklist majlis perkahwinan, maka mudahlah anda nak merancang kenduri kahwin nanti.

Mestilah kan, mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hati merupakan impian setiap insan. Nak kahwin sehari tapi nak tinggal bersama sehingga ke akhir hayat.

Ia dimulakan dengan majlis raja sehari untuk meraikan tanda cinta dan detik bermula hidup bersama.

Untuk mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna sering merunsingkan, samada kepada pengantin sendiri dan keluarga.

Semakin dekat majlis perkahwinan, semakin banyak urusan yang hendak diuruskan. Bukan apa, risau jika tertinggal atau terlepas sesuatu.

Oleh itu, sangat penting untuk pasangan pengantin mempunyai checklist majlis perkahwinan. Ianya untuk memastikan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Checklist perkahwinan dapat membantu anda merancang majlis perkahwinan agar menepati bajet yang telah ditetapkan. Dengan itu, anda akan sentiasa peka dengan perbelanjaan serta dapat mengelakkan boros.

Mari kita lihat checklist kahwin seperti berikut:

Tarikh perkahwinan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas membuat keputusan untuk berkahwin adalah memilih tarikh perkahwinan di kedua-dua belah pihak.

Adakah majlis akad nikah akan diadakan pada hari yang sama dengan majlis perkahwinan, atau hari yang berbeza? Bagaimana pula dengan majlis belah lelaki, adakah keesokan harinya atau selang seminggu?

Banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan dalam membuat keputusan. Sebaiknya, pilih tarikh yang sesuai dan memudahkan semua pihak.

Lokasi majlis perkahwinan

checklist kahwin

Selepas tarikh perkahwinan ditetapkan, anda perlu menentukan lokasi majlis perkahwinan anda.

Jika anda mahu mengadakan majlis di rumah, anda perlu hubungi pihak catering sekiranya mereka mempunyai kekosongan pada hari tersebut untuk menyewa kanopi.

Jika anda berkeinginan untuk mengadakan majlis di dewan atau di lokasi lain, pastikan anda membuat tempahan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum majlis berlangsung.

Kursus perkahwinan

Pihak kerajaan Malaysia telah mewajibkan agar semua bakal pengantin menghadiri kursus perkahwinan. Kursus ini kebiasaannya dijalankan selama 2 hari ketika hujung minggu.

Anda boleh menghadiri kursus kahwin samada di pejabat agama kawasan anda atau mana-mana kursus perkahwinan anjuran pihak swasta.

Dokumen penting

Antara dokumen penting yang diperlukan untuk berkahwin adalah sijil kursus kahwin, keputusan ujian saringan HIV serta borang permohonan berkahwin.

Anda boleh menambil borang ini di pejabat agama. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar semula ke pejabat agama untuk diproses.

Kadangkala ia mengambil masa untuk diproses, oleh itu anda perlu isi borang ini dengan segera.

Tema majlis perkahwinan

Sekarang, tiba masa untuk anda menentukan tema majlis perkahwinan anda:

Adakah anda inginkan majlis tradisional, moden atau garden style?

Apakah warna tema untuk majlis?

Apakah warna yang secocok bagi anda serta pasangan?

Selain itu, pilih juga warna tema bagi keluarga anda. Adakah ahli keluarga anda akan memakai warna yang sama seperti pengantin atau warna yang sedikit berbeza.

Tempahan baju pengantin dan pelamin

checklist kahwin

Setelah memilih tema dan warna, anda boleh membuat tempahan baju pengantin dan pelamin. Kebiasaannya, baju pengantin perlu sepadan dengan tema yang dipilih.

Jika tema majlis anda adalah moden, gaun panjang bersama veil adalah pilihan yang tepat.

Pastikan juga pakej yang anda pilih mempunyai aksesori seperti tiara dan kasut. Pelamin yang ditempah juga perlu memenuhi citarasa anda.

Tempahan kad kahwin

Buat tempahan kad kahwin untuk menjemput tetamu ke majlis anda.

Walaupun cara berhubung zaman sekarang semakin mudah kerana adanya Internet, namun cara menjemput menggunakan kad masih diamalkan untuk mengekalkan tradisi lama.

Tempahan catering

Sebelum membuat tempahan, pastikan anda buat uji rasa makanan terlebih dahulu. Setelah berpuas hati, bincang dan tempeh pakej yang bersesuaian dengan majlis anda.

Hantaran dan pengapit

Kedua-dua belah pihak perlu berbincang untuk menentukan jumlah hantaran dan mas kahwin.

Pastikan ia mendapat persetujuan semua. Senaraikan barang hantaran yang ingin diisi agar tidak tersasar bajet.

Pilih siapa pengapit anda awal-awal agar tidak runsing nanti. Tentukan juga jenis baju yang akan dipakai oleh pengapit serta pecahan tugas setiap pengapit anda.

Servis fotografi perkahwinan

Anda boleh dapatkan khidmat servis fotografi perkahwinan untuk mengabadikan memori indah majlis sehari anda.

Hanya tetapkan apa tema fotografi anda. Jurugambar akan mengambil gambar dengan shot yang kreatif dan berseni.

Klik sini untuk menghubungi The Orange Photography dengan segera